Khamis, 17 Jun 2010

Cara Memotong kuku & Pakai Cincin Mengikut Sunnah

KUKU
Jangan ada niat simpan kuku panjang . Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi tangan kiri yang digunakan untuk beristinjak.
Orang yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan
bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala. Percayalah. Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.


Additional info : Najis kita mempunyai sejenis kuman yang bernamaE-Coli


Apapun secara amnya sunat memotong kuku pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat. Ada juga riwayat mengatakan siapa potong kuku setiap hari Rabu miskinlah ia. (Kesahihannya wallahua’lam). Seboleh-bolehnya elakkan dari mengekalkan memotong kuku pada hari Rabu (sekali-sekala tidak apa). Ini kerana isteri Nabi iaitu Siti Khadijah pernah bertanya bagaimanakah caranya untuk menghabiskan harta beliau yang banyak. Maka jawab Nabi s.a.w. potonglah kuku pada setiap hari Rabu.

Nabi s.a.w juga pernah bersabda, jangan panjangkan kuku kerana syaitan berlari di atas kuku yang panjang. Begitu juga misai yang melebihi bibir mulut.

Kaedah yang paling mudah ialah :

KUKU TANGAN

1.Mulai dari Jari Telunjuk tangan kanan.
2.Jari Tengah tangan kanan
3.Jari Manis tangan kanan
4.Jari Kelingking tangan kanan (Tinggalkan Ibu Jari tangan kanan)
5.Jari Kelingking tangan kiri
6.Jari Manis tangan kiri
7.Jari Tengah tangan kiri
8.Jari Telunjuk tangan kiri
9.Ibu Jari tangan kiri
10.Ibu Jari tangan kanan
Mula dari kanan, penghabisan juga sebelah kanan.

KUKU KAKI - Mula dari kanan, penghabisan sebelah kiri iaitu kelingking kiri. Mulai dari Kelingking Kanan dan bergerak ke jari-jari lain di sebelah kiri jari kelingking kanan . (cara terus, straight – cara “highway”)

******************************


CINCIN
Ali r.a telah berkata, "Rasulullah s.a.w melarangku memakai cincin di jariku yang ini atau yang ini" sambil dia menunjuk ke jari hantu dan jari telunjuk. - Imam Muslim.
Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah swt iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.


Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali rhu. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah. Nabi Muhammad s.a.w
berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di
jari :
1. jari manis
2. jari kelingking (anak jari)
dan jangan memakai pada jari :
1. jari tengah
2. jari telunjuk


p/s : Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki ataupun perempuan.

Perhatian: Masalah cincin ni sama dgn masalah kuku. Jika kita pakai di jari sebelah kiri untuk cincin kemudian tangan kiri itu digunakan untuk beristinjak, kuman-kuman dari najis tadi akan berkumpul dicelah antara jari dan cincin. lepas tu kita turut mengunakan tangan yang sama untuk menyediakan makanan...

Sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan