.

Halaman

Ahad, 4 September 2011

7 Sifat Syaitan Yang Patut Dicontohi

Syaitan dan manusia pada dasarnya 2 makhluk yang berbeza dan saling bermusuhan. Manusia pada umumnya pasti benci kepada syaitan kerana sifat jahatnya. Namun, pada sifat-sifat jahat ini ternyata ada beberapa sifat syaitan yang patut dicontohi...

1. Pantang menyerah
Syaitan tidak akan pernah menyerah selama keinginannya untuk menggoda manusia belum tercapai. Sedangkan manusia banyak yang mudah menyerah dan malah sering mengeluh dalam menggapai sesuatu ataupun dalam menghadapi ujian dari ALLAH SWT.

2. Kreatif
Syaitan akan mencari cara dan bagaimana untuk menggoda manusia agar tujuannya tercapai, selalu kreatif dan penuh idea. Sedangkan manusia ingin seronok saja, banyak yang malas. Sebahagian besar daripada manusia selalu ingin mendapatkan sesuatu dengan cara yang segera, padahal cara segera tersebut boleh merugikan orang lain. Yang Haram dianggap menjadi hal yang wajar (Halal).

3. Konsisten
Syaitan dari mulai diciptakan tetap konsisten pada pekerjaannya, tak pernah mengeluh dan berputus asa. Sedangkan manusia ramai yang mengeluh perihal pekerjaannya, padahal banyak manusia lain yang masih menganggur dan memerlukan pekerjaan.

4. Bekerjasama
Sesama syaitan tidak pernah saling menyakiti, bahkan selalu bekerjasama untuk menggoda manusia. Sedangkan manusia, jangankan peduli terhadap sesama, kebanyakan malah saling bermusuhan, membunuh dan menyakiti.

5. Genius
Syaitan paling pintar otaknya dalam mencari cara agar manusia tergoda. Sedangkan manusia ramai yang tidak kreatif, bahkan banyak yang jadi peniru dan plagiat, tidak mahu mencipta idea-idea baru.

6. Tanpa Merintih
Syaitan itu bekerja 24 Jam tanpa mengharapkan ganjaran apa-apa. Sedangkan manusia tidak akan melakukan sesuatu kerja tanpa bayaran. Seharusnya bukanlah hal yang terpenting dalam hidup ini! Harusnya kita saling membantu kepada sesama umat manusia.

7. Suka berteman
Syaitan adalah makhluk yang selalu ingin berteman, berteman agar banyak temannya di neraka kelak. Sedangkan manusia banyak yang lebih memilih mementingkan diri-sendiri dan egois. Manusia dalam mengerjakan sesuatu cenderung ingin menonjolkan kemampuannya sendiri berbanding bekerjasama dengan orang lain.

Sifat jahat syaitan memang hendaknya JANGAN SESEKALI ditiru! Tapi tidaklah dosa jika kita mencontohi sifat-sifat baiknya yang boleh berguna bagi kebaikan diri kita dan sesama.

Sabtu, 3 September 2011

Anak Merempit: Masihkah Ada Harapan untuk Berubah?

Pada suatu petang, seorang budak sedang bermandi manda dengan gembiranya di sebatang sungai. Tiba-tiba, entah macam mana, budak ini kelemasan.

Sewaktu budak ini sedang terkapai-kapai kelemasan, lalu lah sekumpulan lelaki di tepi sungai itu.

Kumpulan 4 sekawan ini pun berpakat untuk menolong budak yang lemas itu.

Orang A kata;"Woi, cepat berenang ke sini!!"

Budak yang lemas pun jawab; "Aku tak reti berenang la"

Orang A: "Ok, kau balance kan badan. Aku nak ajar ko berenang kuak lentang sekarang"

Budak yang lemas pun jawab; "gul..gulp..gulp..a..ku...tak...bo....leh..gulp..gulp (telan air)"

Orang B pun kata: "Kawan, kita tak boleh ajar dia berenang sekarang. Kita kena keluarkan dia dari sungai ni dulu. Lepas tu, barulah kita boleh ajar dia kuak lentang ke...kuak kupu-kupu ke..apa2 kuak pun boleh"

Orang C & D pun sokong: "betul, betul, betul!"
Orang B: "Ok, jom kita selamatkan dia!"

Mereka pun bersunguh-sungguh menyelamatkan budak yang lemas itu..

Mula-mula mereka pakai kayu,..kayu pendek pulak

Lepas tu mereka cuba campak pelampung, ..pelampung terlepas pulak

Tak putus asa lagi..Cuba cara lain pula..

3 orang pegang tali di tepi sungai, 1 orang turun ke dalam sungai..

heret budak lemas ke tepian sungai

Alhamdulillah! Kali ni, berjaya!! :)



Tapi, air dah banyak masuk dalam badan budak tu..
Mereka pun beri pertolongan pernafasan
buat itu dan ini dan akhirnya..
budak itu pun ter-sedar..

Alhamdulillah!

Lalu 4 sekawan ini membantu budak itu untuk bangun
dan perlahan-lahan dia dipapah untuk berjalan
4 sekawan terus berikannya kata-kata semangatdan akhirnya, budak ini kembali pulih seperti sedia kala.

Setelah itu, 4 sekawan ini mengadakan kelas belajar berenang
khas untuk budak ini
Dengan harapan, supaya budak ini tidak akan lemas lagi..

Kini,
budak itu tidak lemas lagi
dan dia pula menjadi trainer untuk budak-budak yang lain
Semakin banyak dia mengajar orang berenang, semakin cekap dia berenang
Dia tidak mahu lemas lagi..dan dia tidak mahu budak lain lemas juga..

The End :)

~~

Moral of the story:
Anak yang merempit, kita ibaratkan seperti budak yang lemas.Kita tak dapat tolong dia, selagi dia masih berada dalam "suasana" kawan-kawan rempitnya, tempat dia merempit, & motor yang digunakan untuk merempit.

Kalau kita betul-betul nak tolong dia, kita kena keluarkan dia daripada "suasana" rempit dan bawa dia ke dalam "suasana" iman & amal.

Nak tarik dia untuk pindah ke suasana iman & amal, bukan hanya dengan satu cara.Macam-macam cara yang kita boleh cuba.
Dan bukan hanya ajak sekali sahaja, kita cuba ajak dia banyak kali.
Ajak makan-makan, borak-borak, lagi dan lagi..

InsyaAllah, akhirnya Allah swt sendiri akan tarik dia keluar daripada suasana itu.
Bila dia sudah sedia, dengan kerelaan sendiri, dia akan sanggup meluangkan masa untuk berada dalam suasana iman & amal di tempat yang lain, selama 3 hari,
untuk dilatih bagaimana untuk meningkatkan iman yakin kepada Allah swt bagaimana nak menjalani hidup mengikut cara Rasulullah saw bagaimana nak berkasih sayang sesama manusiadan bagaimana nak istiqamah dengan amalan yang telah dipelajari sepanjang training ini

Pulang daripada training 3 hari,
Dia jumpa dengan ibubapanya, terus dia peluk, cium, & minta maaf
Siapa sahaja yang dia jumpa, dia akan ceritakan tentang janji-janji Allah swt dan dia akan ajak orang itu, untuk sama-sama pergi training 3 hari.

Semakin banyak dia buat dakwah, imannya semakin meningkat . Semakin banyak dia buat dakwah, semakin mudah untuk dia istiqamah dengan amalan

Kini dia telah berubah,
Dia bukan lagi mat rempit..
Tetapi, dia adalah DAI'E :)

~~
"Dan orang-orang yang bermujahadah di jalan Kami, maka Kami akan bukakan jalan-jalan (hidayah) Kami"~~

p.s: Ini adalah kisah benar :)

p.p.s: Anak merempit ini sedang menunggu mana-mana daie yang sudi selamatkan mereka...Ohh..tolonglah mereka.. InsyaAllah, besar pahala nya.. :)


oleh AnakkuSoleh.com

Selasa, 23 November 2010

Hukum Wanita Keluar Rumah..

“Wanita itu aurat maka bila ia keluar rumah syaitan menyambutnya.” (HR. At-Tirmidzi no. 1183, dishahihkan Asy-Syaikh Al-Albani dalam Irwaul Ghalil no. 273, dan Asy-Syaikh Muqbil dalam Ash-Shahihul Musnad, 2/36),

''Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang jahiliyah dahulu.''Al-Ahzab : 33

Didalam hadits yang diriwayatkan dari Ibnu Umar bahwasanya Rasulullah saw bersabda,”Janganlah seorang wanita pergi (lebih dari) tiga hari kecuali bersamanya seorang mahram.” (HR. Muslim)


Menurut ayat Allah tersebut memang maksud ketentuan syari'atnya menyeru para wanita agar menetap di rumah, menahan diri agar tidak keluar kecuali untuk suatu kepentingan.Namun nasihat Al-Qur'an tersebut bukan mengartikan bahwa kaum wanita harus menetap di rumah selama-lamanya dan tidak boleh keluar sama sekali, juga bukan berarti bermaksud merendahkan kehormata wanita apalagi mengikis kehidupan sosialnya, sebagaimana tuduhan kebanyakan musuh-musuh Allah, justeru sebaliknya Al-Qur'an ingin menunjukkan suatu jalan pemeliharaan diri yang dapat ditempuh dengan kehendaknya sendiri dan bukan ditentukan oleh kehendak orang lain



Syarat-syarat keluar rumah bagi para wanita :

1. ADANYA IZIN, Menurut Ibnu Taimiyah dalam Al-Fatawa menyebutkan bahwa dalam hal meminta izin ini ada dua hal, yaitu bagi wanita yang telah menikah, izin yang dimaksud adalah izin dari suami, sedang bagi wanita yang belum menikah izinnya adalah izin dari orang tuanya. Dan untuk meminta izin, ada izin umum dan ada izin khusus. Izin umum adalah meminta izin keluar rumah untuk keperluan yang memang dianggap keperluan rutin, seperti belanja, sekolah dllnya. Hal ini tidak perlu setiap kali keluar meminta izin tapi cukuplah sekali minta izin, sedang untuk meminta izin untuk keperluan yang jarang-jarang seperti silaturrahim, menjenguk orang sakit dllnya, maka perlu meminta izin dahulu setiap akan pergi untuk keperluan tersebut.


2. UNTUK KEBAIKAN, seperti:· Pergi menuntut ilmu· Pergi untuk beramar ma'ruf nahi munkar (berda'wah)· Silaturrahiim· Berdagang atau bekerja


3. TIDAK BERTABARRUJ maksudnya tidak bersolek dan berdandan, tidak memakai perhiasan-perhiasan yang menarik, sehingga mengundang syahwat laki-laki juga tidak memperlihatkan keindahan tubuhnya.

4. MENUTUP AURAT DAN MENJAGA ADAB-ADAB ISLAM Menutup aurat ketika keluar rumah merupakan kewajiban syar'i yang harus dipatuhi oleh setiap muslimah yang telah akil baligh, busana yang menjadi standard syar'i adalah sebagi berikut:

a. Menutupi seluruh tubuh kecuali wajah dan dua telapak tangan(ini menurut sebahagian ulama'). *Jika muka dpt menimbulkan finah maka wajib juga ditutup.

b. Tidak ketat hingga lekuk tubuh tidak terlihat.

c. Tidak tipis hingga warna kulit tidak terlihat.
d. Tidak menyerupai laki-laki
e. Tidak berwarna mencolok sehingga tidak menarik perhatian orang.

f. Dipakai bukan maksud memamerkan dan tidak bergambar makhluk hidup.

Firman Allah s.w.t
“Wahai Nabi, katakanlah kepada istri-istrimu dan putri-putrimu serta wanita-wanitanya kaum mukminin: Hendaklah mereka mengulurkan jilbab-jilbab mereka di atas tubuh mereka. Yang demikian itu lebih pantas bagi mereka untuk dikenali (sebagai wanita merdeka dan wanita baik-baik) sehingga mereka tidak diganggu…” (Al-Ahzab: 59)


Adapun adab-adab Islam juga harus dijaga antaranya, menjaga pandangan, tidak ikhtilat (berdua-duaan dengan lawan jenis), tidak berbicara dengan suara yang menimbulkan rangsangan, tidak berjalan berlenggak-lenggok dan lain sebagainya yang akan merusak citra Islam.

PERHATIN...!!!!!

Jika salah satu syarat daripada al-Quran dan Sunnah baginda itu tidak dapat dipenuhi, maka seseorang muslimah itu perlu mengekalkan hukum untuk menetap di rumah adalah lebih baik untuk mengelak diri dari FITNAH DAN DOSA BESAR...

Mereka yang bercinta sambil bercouple keluar berdua-duaan dengan pasangan kekasih sambil membonceng dan berpelukan diatas motor adalah satu perbuatan yang keji dan terkutuk dan mendapat laknat dari Allah s.w.t atas perbuatan maksiat tersebut kerana ia jelas lagi nyata telah melanggar hukum syar'i...


Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
"Tidak halal bagi perempuan yang beriman dengan Allah dan hari akhirat untuk keluar tiga hari ke atas melainkan bersama-samanya bapanya atau saudara kandung lelakinya atau suaminya atau anak lelakinya atau mana-mana mahramnya." (di dalam riwayat lain, ada dinyatakan satu hari satu malam, dan dua hari dua malam)-hadith riwayat Bukhari dan Muslim

Demikianlah pembahasa tentang wanita keluar rumah, semoga Allah selalu membimbing dan memberi petunjuk-Nya kepada kita semua. Amin...
Wallahu a'lam..

Rabu, 17 November 2010

Ingat Pesan Nenek..

1.Kurangkan makan bawang besar
2.Kurangkan makan berempah
3.Kurangkan makan ketumbar kering
4.Kurangkan menonton hiburan
5.Kurangkan membaca majalah hiburan
6.Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
7.Kurangkan minuman air batu,air dalam tin(100 plus dan lain2)
8.Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2
9.Jangan makan kepala ikan
10.Jangan minum air yang ada semut
11.Jangan tidur selepas subuh
12.Jangan tidur selepas asar
13.Jangan tidur selepas makan
14.Jangan makan terlalu kenyang
15.Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
16.Jangan menyapu rumah pada waktu malam
17.Jangan makan yang masam-masam berlebihan
18.Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
19.Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam
20.Jangan ego
21.Jangan dengki pada orang lain
22.Jangan makan dari sumber yang tidak halal
23.Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal
24.Jangan makan makanan yang ada pewarna
25.Jangan makan makanan yang ada pengawet
26.Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali
27.Jangan mandi selepas 9.00malam
28.PALING PENTING! Jangan sengaja LEWATKAN SOLAT. Perbuatan ini Allah tidak suka. 29.Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.
30.Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.
31.Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
32.Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
33.Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
34.Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
35.Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
36.Jangan biarkan mata LIAR di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
37.Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila -bila masa.
38.Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
39.Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.
40.Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.
41.Jangan asyik berada dalam bangunan batu. Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai(yang mempunyai pokok) kerana disitulah terdapat banyak ion2 negetif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit
42.Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
43.Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
44.Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
45.Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
46.Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
47.Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita.


ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW)
"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.."(Surah Al-Ahzab:71)



.

Khamis, 4 November 2010

Hikmah Mandi Junub

بِسْــــــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

HIKMAH MANDI WAJIB

Adalah banyak diketahui oleh pakar sains bahawa di bawah kulit manusia terdapat banyak mikroorganisma yang hidup komensal. Mikroorganisma ini akan keluar dan berada di hujung rambut dan bulu roma setiap kali manusia berpeluh atau selepas melakukan hubungan kelamin dengan isteri @ suami. Sudah tentulah badan akan menjadi kotor dan organisma ini akan mudah berjangkit kepada orang lain apabila ia keluar dan berurusan tanpa mandi junub.

Bakteria ini jika sekiranya mempunyai peluang untuk menguasai badan kita ketika daya tahan badan manusia menjadi lemah akan mengambil kesempatan dan akan menjadi parasit dan boleh menyebabkan jangkitan di tubuh badan kita. Itulah sebabnya Islam menetapkan mandi junub sebagai cara pembersihan diri dan tubuh badan daripada tercemar daripada bakteria tadi. Keluar berjual-beli, makan, minum, berhubungan dan berinteraksi dengan orang lain dalam keadaan berjunub adalah makruh.Allah Yang Maha Mengetahui tentang makhluk yang diciptakannya ini telah menetapkan bahawa manusia mesti mandi wajib selepas setiap kali datang haid nifas dan bersetubuh.

Ia adalah bagi tujuan pembersihan dan penyucian diri. Apabila bakteria tadi terkena atau dikenakan padanya air yang dapat menghilangkanya dari badan , ia akan mati dan tidak dapat menjangkiti orang lain. Maka terselamatlah manusia daripada jangkitan dan wabak penyakit sekaligus dan meneruskan hidup dalam keadaan bersih dan sihat.

TAYAMMUM PENGGANTI MANDI JUNUB

Kenapakah tayammum dapat menggantikan mandi junub dan wudu’( dua jenis penyucian diri dalam Islam ) dalam keadaan ketiadaan air di tempat yang kering-kontang? Bakteria apabila terkena air akan mati disebabkan tekanan osmosis di dalam badannya sehingga air boleh menyerap masuk ke dalam badan dan akhirnya ia mati kerana mengalami overhydration. Begitu juga halnya apabila bakteria tadi didedahkan kepada keadaan yang terlalu kering dan kontang seperti apabila dikenakan padanya debu..Ia akan mati setelah air badannya keluar kerana tekanan osmosis lebih rendah daripada tekanan osmosis di luar badan menyebabkanya mati kerana air badan keluar dan kerana kekontangan fisiologi badan.

Rabu, 27 Oktober 2010

Anak Contohi Peribadi Ibubapa

DIALAH pemimpin, ditugaskan mencari nafkah, perancang serta pelindung sesebuah keluarga. Pengorbanan dan tanggungjawab yang dipikul seorang bapa tiada tandingannya. Kasih sayang yang terhubung kuat antara keluarga menyebabkan setiap bapa bersemangat membuktikan mereka individu terbaik kepada anak dan isteri.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Orang lelaki adalah penjaga ke atas ahli keluarganya dan dia bertanggungjawab terhadap mereka dan perempuan penjaga ke atas rumah tangga dan anak-anaknya dan dia bertanggungjawab terhadap mereka." (Hadis Riwayat Imam Bukhari)

Seorang bapa mahu melihat seluruh ahli keluarganya hidup terbela walaupun terpaksa berdepan dengan pelbagai kemungkinan di hadapan mereka. Semua ibu bapa menganggap kejayaan terbesar mereka di dunia ini adalah kejayaan mendidik anak yang mampu menjadi penyambung keturunan yang berguna. Anak ibarat 'pelaburan' yang akhirnya akan kembali menguntungkan ibu bapanya selepas mereka meninggal dunia.

Hadis Riwayat Muslim menyatakan: "Apabila seorang anak Adam meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak soleh yang sentiasa mendoakannya."

Islam mengajar umatnya supaya membentuk jati diri anak dengan amalan pengukuhan sejak kecil supaya dewasa kelak mereka membesar dengan sempurna. Contohnya, mengajar serta menyuruh anak menunaikan solat lima waktu sejak berusia tujuh tahun membuktikan amalan berkenaan amat penting sebagai asas kukuh menjadi insan berkeperibadian mulia.

Imam al-Ghazali berkata: "Anak-anak adalah amanah, hatinya yang bersih ibarat jawhar, jika dibiasakan dengan kebaikan akan bahagia dunia dan akhirat dan jika dibiasakan dengan kejahatan rosak dan binasalah dia."

Ibu bapa pastinya menginginkan anak yang lahir menjadi seorang yang pintar, memiliki rupa paras baik, mampu berdikari, disenangi orang ramai dan soleh. Pada masa sama, untuk memiliki anak yang soleh, ibu bapa juga perlu menjadi soleh. Cabaran menggalas amanah sebagai ketua keluarga membesarkan anak bukan proses singkat dan semudah yang disangka.

Benar, ibu bapa sanggup tidak mempunyai apa-apa asalkan apa yang anak mereka mahukan dipenuhi. Mendidik anak pada zaman serba moden ini berbeza dan amat mencabar. Keruntuhan nilai moral dan akhlak muda-mudi membuatkan tugasan sebagai bapa diuji. Menjadi kewajipan seorang bapa menyediakan nafkah kepada keluarga, tetapi jangan sampai perubahan gaya hidup mengejar kekayaan dan kejayaan tanggungjawab utama terhadap keluarga diabaikan.

Bapa juga perlu bijak mengawal dan mengesan sebarang perubahan tingkah laku anak mereka. Bukan mudah untuk memberi teguran kepada anak sekarang kerana mereka cepat melenting. Namun, bapa layak dan berhak menegur anak mereka. Bapa mithali perlu sentiasa melihat kepentingan penjagaan anak secara bersama. Bukannya hanya menyerahkan 100 peratus kepada isteri atau pembantu rumah.

Kewajipan ibu bapa zaman moden ini perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan keibubapaan sebelum mendirikan rumah tangga. Lihat bagaimana seorang insan biasa bernama Luqman al-Hakim mendidik anaknya. Allah merakamkan nasihat beliau kepada anaknya dalam al-Quran.

Beliau seorang yang bijaksana dalam urusan memberi pendidikan kepada anaknya. Luqman menerapkan pendidikan menyeluruh kepada anaknya mencakupi asas ibadat, akidah, akhlak serta dakwah.

Beliau berkata: "Wahai anakku, sesungguhnya jika ada amalan engkau (baik atau buruk) seberat biji sawi yang tersembunyi dalam batu atau di langit atau di bumi, nescaya didatangkan (dibalas) Allah juga. Sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha Mengetahui."

"Wahai anakku, dirikanlah sembahyang dan suruhlah orang (membuat) yang makruf (baik) dan laranglah (membuat) yang mungkar (haram) serta bersabarlah di atas cubaan yang menimpamu. Sesungguhnya demikian itu pekerjaan yang dicita-citakan." (Surah Luqman ayat 16-17)

Ketahuilah bahawa setiap doa yang dipanjatkan itu adalah sebuah harapan dan impian yang pasti dikabulkan Allah.

Bagi memantapkan kefahaman Islam di kalangan anak, bapa turut berperanan mewujudkan persekitaran agama di dalam rumah seperti memupuk minat membaca bahan bacaan berunsur akademik, membawa anak ke pesta buku atau mengikuti kem atau program ibadah.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Badli Shah Alauddin berkata, bapa layak diangkat menjadi mithali kerana mereka perlu menjadi qudwah hasanah (suri teladan) yang terbaik.

"Dalam konteks anak, paling mustahak adalah pendidikan atau pengarahan secara teladan. Anak-anak lazimnya belajar melalui pengamatan dan meniru perlakuan dan tindak-tanduk bapanya.

"Melalui pengamatan akan terbentuk sesuatu dalam mental anak dan akan menjadi pelajaran berguna kepada mereka. Oleh itu, setiap tingkah laku bapa akan membentuk proses pengukuhan yang akan sebati dengan peribadi anak," katanya.

Badli Shah berkata, mendidik anak perlu disesuaikan dengan zaman anak berdasarkan suasana dan pola tingkah laku mereka.

"Jika merujuk kepada teori corak asuhan Dua Dimensi Baumrind, terdapat empat jenis bapa iaitu autokratik (tinggi kawalan, kurang responsif), permisif indulgen (tinggi responsif kurang kawalan), demokratik (tinggi responsif dan kawalan) dan permisif negligen (rendah responsif dan kawalan).

"Justeru, terpulang kepada ibu bapa untuk menyesuaikan dengan empat corak asuhan berkenaan yang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing," katanya.

Beliau berkata, terdapat beberapa pendekatan kerohanian Islam iaitu dengan mengamalkan beberapa bacaan tertentu pada waktu tertentu sebagai doa khusus agar bermasalah berubah menjadi insan yang soleh.

"Dalam mendidik anak, perlu ada sifat sabar dan jangan bertindak kasar. Ini boleh diikhtiarkan dengan beberapa cara antaranya banyakkan berdoa kepada Allah dengan bertawajuh pada dinihari.

"Selain itu, bacakanlah empat ayat terakhir surah al-Hasyr iaitu ayat 21, 22, 23 dan 24. Lakukan ketika anak sedang tidur dan niatkan supaya Allah lembutkan hatinya untuk berkelakuan baik. Selepas membaca empat ayat itu, tiupkan di ubun kepalanya.

"Kaedah lain dengan membaca lima ayat pertama dalam surah Toha lalu ditiupkan ke arah bertentangan dengan hidungnya ketika dia menarik nafas sewaktu sedang tidur. Lima ayat dalam surah berkenaan mempunyai riwayatnya tersendiri," katanya.

Beliau berkata, wang ringgit yang dibelanjakan seorang bapa kepada keluarganya adalah nafkah paling afdal dan paling besar pahalanya di sisi Allah. "Tidak keterlaluan dikatakan bahawa pahalanya melebihi jihad di jalan Allah. Dalam hal ini, Tsauban r.a menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Dinar yang paling utama yang dibelanjakan oleh seseorang adalah dinar yang dinafkahkan untuk keluarganya, dan dinar yang dibelanjakan oleh seseorang untuk tunggangannya dalam jihad di jalan Allah dan dinar yang diinfakkan oleh seseorang untuk teman-temannya di jalan Allah." (Riwayat Muslim).

"Maka bapa perlu mengetahui bahawa setiap nafkah yang diberikan kepada keluarganya amat besar pahalanya. Bahkan, nafkah itu dihitung sebagai amalan sedekah," katanya.

Badli Shah berkata, bukan perkara mudah untuk mencapai kesempurnaan dalam memberikan didikan terbaik kepada anak.

"Yang penting bukanlah ketinggian ilmu yang dimiliki seorang bapa, tetapi kemahiran dan hikmah yang sentiasa mereka pelajari setiap masa."

"Meluangkan masa bersama anak selama 24 jam sekalipun tidak bermakna, tetapi yang penting sekali adalah masa berkualiti yang diperuntukkan."

"Apa guna meluangkan masa berjam-jam dengan anak jika ia tidak diisi dengan perkara yang bermanfaat? Asyik menonton televisyen bersama, tetapi tidak bercakap sepatah pun," katanya.

Khamis, 14 Oktober 2010