Rabu, 27 Oktober 2010

Anak Contohi Peribadi Ibubapa

DIALAH pemimpin, ditugaskan mencari nafkah, perancang serta pelindung sesebuah keluarga. Pengorbanan dan tanggungjawab yang dipikul seorang bapa tiada tandingannya. Kasih sayang yang terhubung kuat antara keluarga menyebabkan setiap bapa bersemangat membuktikan mereka individu terbaik kepada anak dan isteri.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Orang lelaki adalah penjaga ke atas ahli keluarganya dan dia bertanggungjawab terhadap mereka dan perempuan penjaga ke atas rumah tangga dan anak-anaknya dan dia bertanggungjawab terhadap mereka." (Hadis Riwayat Imam Bukhari)

Seorang bapa mahu melihat seluruh ahli keluarganya hidup terbela walaupun terpaksa berdepan dengan pelbagai kemungkinan di hadapan mereka. Semua ibu bapa menganggap kejayaan terbesar mereka di dunia ini adalah kejayaan mendidik anak yang mampu menjadi penyambung keturunan yang berguna. Anak ibarat 'pelaburan' yang akhirnya akan kembali menguntungkan ibu bapanya selepas mereka meninggal dunia.

Hadis Riwayat Muslim menyatakan: "Apabila seorang anak Adam meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak soleh yang sentiasa mendoakannya."

Islam mengajar umatnya supaya membentuk jati diri anak dengan amalan pengukuhan sejak kecil supaya dewasa kelak mereka membesar dengan sempurna. Contohnya, mengajar serta menyuruh anak menunaikan solat lima waktu sejak berusia tujuh tahun membuktikan amalan berkenaan amat penting sebagai asas kukuh menjadi insan berkeperibadian mulia.

Imam al-Ghazali berkata: "Anak-anak adalah amanah, hatinya yang bersih ibarat jawhar, jika dibiasakan dengan kebaikan akan bahagia dunia dan akhirat dan jika dibiasakan dengan kejahatan rosak dan binasalah dia."

Ibu bapa pastinya menginginkan anak yang lahir menjadi seorang yang pintar, memiliki rupa paras baik, mampu berdikari, disenangi orang ramai dan soleh. Pada masa sama, untuk memiliki anak yang soleh, ibu bapa juga perlu menjadi soleh. Cabaran menggalas amanah sebagai ketua keluarga membesarkan anak bukan proses singkat dan semudah yang disangka.

Benar, ibu bapa sanggup tidak mempunyai apa-apa asalkan apa yang anak mereka mahukan dipenuhi. Mendidik anak pada zaman serba moden ini berbeza dan amat mencabar. Keruntuhan nilai moral dan akhlak muda-mudi membuatkan tugasan sebagai bapa diuji. Menjadi kewajipan seorang bapa menyediakan nafkah kepada keluarga, tetapi jangan sampai perubahan gaya hidup mengejar kekayaan dan kejayaan tanggungjawab utama terhadap keluarga diabaikan.

Bapa juga perlu bijak mengawal dan mengesan sebarang perubahan tingkah laku anak mereka. Bukan mudah untuk memberi teguran kepada anak sekarang kerana mereka cepat melenting. Namun, bapa layak dan berhak menegur anak mereka. Bapa mithali perlu sentiasa melihat kepentingan penjagaan anak secara bersama. Bukannya hanya menyerahkan 100 peratus kepada isteri atau pembantu rumah.

Kewajipan ibu bapa zaman moden ini perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan keibubapaan sebelum mendirikan rumah tangga. Lihat bagaimana seorang insan biasa bernama Luqman al-Hakim mendidik anaknya. Allah merakamkan nasihat beliau kepada anaknya dalam al-Quran.

Beliau seorang yang bijaksana dalam urusan memberi pendidikan kepada anaknya. Luqman menerapkan pendidikan menyeluruh kepada anaknya mencakupi asas ibadat, akidah, akhlak serta dakwah.

Beliau berkata: "Wahai anakku, sesungguhnya jika ada amalan engkau (baik atau buruk) seberat biji sawi yang tersembunyi dalam batu atau di langit atau di bumi, nescaya didatangkan (dibalas) Allah juga. Sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha Mengetahui."

"Wahai anakku, dirikanlah sembahyang dan suruhlah orang (membuat) yang makruf (baik) dan laranglah (membuat) yang mungkar (haram) serta bersabarlah di atas cubaan yang menimpamu. Sesungguhnya demikian itu pekerjaan yang dicita-citakan." (Surah Luqman ayat 16-17)

Ketahuilah bahawa setiap doa yang dipanjatkan itu adalah sebuah harapan dan impian yang pasti dikabulkan Allah.

Bagi memantapkan kefahaman Islam di kalangan anak, bapa turut berperanan mewujudkan persekitaran agama di dalam rumah seperti memupuk minat membaca bahan bacaan berunsur akademik, membawa anak ke pesta buku atau mengikuti kem atau program ibadah.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Badli Shah Alauddin berkata, bapa layak diangkat menjadi mithali kerana mereka perlu menjadi qudwah hasanah (suri teladan) yang terbaik.

"Dalam konteks anak, paling mustahak adalah pendidikan atau pengarahan secara teladan. Anak-anak lazimnya belajar melalui pengamatan dan meniru perlakuan dan tindak-tanduk bapanya.

"Melalui pengamatan akan terbentuk sesuatu dalam mental anak dan akan menjadi pelajaran berguna kepada mereka. Oleh itu, setiap tingkah laku bapa akan membentuk proses pengukuhan yang akan sebati dengan peribadi anak," katanya.

Badli Shah berkata, mendidik anak perlu disesuaikan dengan zaman anak berdasarkan suasana dan pola tingkah laku mereka.

"Jika merujuk kepada teori corak asuhan Dua Dimensi Baumrind, terdapat empat jenis bapa iaitu autokratik (tinggi kawalan, kurang responsif), permisif indulgen (tinggi responsif kurang kawalan), demokratik (tinggi responsif dan kawalan) dan permisif negligen (rendah responsif dan kawalan).

"Justeru, terpulang kepada ibu bapa untuk menyesuaikan dengan empat corak asuhan berkenaan yang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing," katanya.

Beliau berkata, terdapat beberapa pendekatan kerohanian Islam iaitu dengan mengamalkan beberapa bacaan tertentu pada waktu tertentu sebagai doa khusus agar bermasalah berubah menjadi insan yang soleh.

"Dalam mendidik anak, perlu ada sifat sabar dan jangan bertindak kasar. Ini boleh diikhtiarkan dengan beberapa cara antaranya banyakkan berdoa kepada Allah dengan bertawajuh pada dinihari.

"Selain itu, bacakanlah empat ayat terakhir surah al-Hasyr iaitu ayat 21, 22, 23 dan 24. Lakukan ketika anak sedang tidur dan niatkan supaya Allah lembutkan hatinya untuk berkelakuan baik. Selepas membaca empat ayat itu, tiupkan di ubun kepalanya.

"Kaedah lain dengan membaca lima ayat pertama dalam surah Toha lalu ditiupkan ke arah bertentangan dengan hidungnya ketika dia menarik nafas sewaktu sedang tidur. Lima ayat dalam surah berkenaan mempunyai riwayatnya tersendiri," katanya.

Beliau berkata, wang ringgit yang dibelanjakan seorang bapa kepada keluarganya adalah nafkah paling afdal dan paling besar pahalanya di sisi Allah. "Tidak keterlaluan dikatakan bahawa pahalanya melebihi jihad di jalan Allah. Dalam hal ini, Tsauban r.a menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Dinar yang paling utama yang dibelanjakan oleh seseorang adalah dinar yang dinafkahkan untuk keluarganya, dan dinar yang dibelanjakan oleh seseorang untuk tunggangannya dalam jihad di jalan Allah dan dinar yang diinfakkan oleh seseorang untuk teman-temannya di jalan Allah." (Riwayat Muslim).

"Maka bapa perlu mengetahui bahawa setiap nafkah yang diberikan kepada keluarganya amat besar pahalanya. Bahkan, nafkah itu dihitung sebagai amalan sedekah," katanya.

Badli Shah berkata, bukan perkara mudah untuk mencapai kesempurnaan dalam memberikan didikan terbaik kepada anak.

"Yang penting bukanlah ketinggian ilmu yang dimiliki seorang bapa, tetapi kemahiran dan hikmah yang sentiasa mereka pelajari setiap masa."

"Meluangkan masa bersama anak selama 24 jam sekalipun tidak bermakna, tetapi yang penting sekali adalah masa berkualiti yang diperuntukkan."

"Apa guna meluangkan masa berjam-jam dengan anak jika ia tidak diisi dengan perkara yang bermanfaat? Asyik menonton televisyen bersama, tetapi tidak bercakap sepatah pun," katanya.

Khamis, 14 Oktober 2010

Tanda-tanda Kiamat

Saudaraku, dalam sebuah hadis, Nabi Muhammad SAW menyatakan terdapat dua fenomena menjelang diutusnya Imam Mahdi ke dunia. Pertama, gejala sosial berupa perselisihan antara manusia dan kedua, bencana alam berupa gempa bumi yang berlaku silih berganti.

“Aku khabarkan berita gembira mengenai Al-Mahdi yang diutus Allah ke tengah umatku ketika banyak terjadi perselisihan antara manusia dan gempa-gempa. Maka ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan kejujuran sebagaimana sebelumnya dipenuhi dengan kewenang-wenangan dan kezaliman.” (HR Ahmad)

Sebahagian ulama menggolongkan tanda Kiamat berupa diutusnya Imam Mahdi ke tengah umat sebagai 'Tanda Penghubung' antara tanda-tanda kecil Kiamat dengan tanda-tanda besar Kiamat. Ertinya, kedatangan Imam Mahdi tidak termasuk tanda-tanda kecil Kiamat, namun tidak juga digolongkan ke dalam tanda-tanda besar Kiamat. Kedatangan Imam Mahdi menunjukkan telah banyak munculnya tanda-tanda kecil Kiamat. Dan pada saat yang sama, kedatangan Imam Mahdi menandakan sudah dekatnya akan munculnya tanda-tanda besar Kiamat yang akan muncul dan berjumlah sepuluh tanda.

Para ulama telah membahagikan tanda-tanda Kiamat ke dalam dua kelompok. Ada tanda-tanda kecil Kiamat dan tanda-tanda besar Kiamat. Tanda-tanda kecil berjumlah sangat banyak dan umumnya datang lebih awal. Sedangkan tanda-tanda besar datang kemudian dan berjumlah sepuluh. Tanda kecil yang paling awal berupa 'diutusnya Nabi Muhammad ke muka bumi'. Semenjak peristiwa agung itu, dunia menyaksikan bermunculan berbagai tanda-tanda kecil Kiamat berikutnya. Hingga dewasa ini sudah banyak sekali tanda-tanda kecil Kiamat yang disebutkan oleh Nabi Muhammad SAW telah menjadi realiti. Di antara tanda-tanda kecil Kiamat tersebut ialah:

1. Bila manusia mulai membunuh (meninggalkan) solat

2. Bila sifat amanah telah lenyap

3. Bila berdusta dihalalkan

4. Bila manusia memakan riba

5. Bila amalan rasuah bermaharajalela

6. Bila bangunan-bangunan tinggi pencakar langit muncul

7. Bila manusia memperturutkan hawa-nafsu

8. Bila manusia menjual agamanya untuk membeli dunia

9. Bila menumpahkan darah dianggap perkara ringan

10. Bila perilaku lemah-lembut dianggap sebagai sebuah kehinaan

11. Bila kezaliman menjadi suatu kebanggaan

12. Bila para pemimpin dan pembesar merupakan orang paling buruk

13. Dan bila para pembantu dan orang-orang kepercayaan pemimpin merupakan orang-orang fasiq

14. Bila para cendekiawannya merupakan orang-orang fasiq

15. Bila kezaliman bermaharajalela

16. Bila thalaq (perceraian) banyak terjadi

17. Bila muncul fenomena kematian mendadak

18. Bila mushaf Al-Qur’an dicetak dengan hiasan yang indah-indah

19. Bila masjid dibangunkan untuk bermegah-megah

20. Bila mimbar-mimbar masjid dibuat tinggi

21. Bila hati manusia menjadi kesat

22. Bila banyak perjanjian dan transaksi dilanggar


23. Bila peralatan muzik banyak dibunyikan

24. Bila khamar (arak) banyak diminum

25. Bila zina bermaharajalela

26. Bila pengkhianat diberi kepercayaan, dijadikan pemimpin

27. Bila orang yang amanah dianggap pengkhianat

28. Bila isteri terlibat dalam perniagaan suami kerana cintakan dunia

29. Bila salam hanya diucapkan kepada orang yang dikenali

30. Bila pasar-pasar (mall, plaza, hypermarket) muncul berdekatan

31. Bila manusia mengenakan baju domba sebagai penutup hati serigala

32. Bila hati manusia lebih busuk daripada bangkai

33. Bila manusia sudah berkata: ”Tidak ada Imam Mahdi.”

Tanda-tanda di atas hanya merupakan sebahagian saja dari seluruh tanda-tanda kecil Kiamat. Bila kita kaitkan dengan realiti masyarakat dunia dewasa ini, jelas terlihat bahawa seluruh tanda-tanda kecil di atas telah menjadi kenyataan!


Maka, saudaraku, perlu kita sedari bahawa dunia benar-benar telah mencapai usia senja. Kemunculan tanda-tanda kecil bererti kita sudah harus bersiap sedia menyongsong datangnya tanda-tanda besar Kiamat. Dan jangan lupa, sebahagian ulama mengatakan bahawa tanda besar pertama, yaitu keluarnya Dajjal, tidak akan terjadi sebelum munculnya tanda penghubung antara tanda-tanda kecil dengan tanda-tanda besar Kiamat. Tanda penghubung itu ialah diutusnya seorang lelaki dari keturunan Nabi Muhammad SAW yang akan memenuhi dunia dengan keadilan dan kejujuran setelah dunia diliputi dengan kezaliman dan penganiyaan. Lelaki itulah yang dikenal sebagai Imam Mahdi.

Sabda Rasulullah SAW: “Andaikan dunia tinggal sehari, sungguh Allah akan panjangkan hari tersebut sehingga diutus padanya seorang lelaki dari ahli baitku namanya serupa namaku dan nama ayahnya serupa nama ayahku. Ia akan penuhi bumi dengan kejujuran dan keadilan sebagaimana sebelumnya dipenuhi dengan kezaliman dan penganiayaan.” (HR Abu Dawud)

Lalu, bilakah Imam Mahdi bakal dihadirkan Allah ke tengah umat? Hadis di awal tulisan inilah yang cukup jelas memberikan petunjuk bahawa kehadirannya sudah hampir:

“Aku khabarkan berita gembira mengenai Al-Mahdi yang diutus Allah ke tengah ummatku ketika banyak terjadi perselisihan antara manusia dan gempa-gempa. Maka ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan kejujuran sebagaimana sebelumnya dipenuhi dengan kewenang-wenangan dan kezaliman.” (HR Ahmad)

Bila dunia telah dihiasi dengan dua fenomena nyata, yaitu fenomena sosial berupa perselisihan antara manusia yang sangat jelas dan fenomena alam iaitu banyaknya gempa bumi, maka itu menunjukkan dekatnya kehadiran Imam Mahdi ke tengah umat. Sedangkan kedua fenomena tersebut dewasa ini sudah sangat jelas. Perselisihan antara manusia dewasa ini sudah sangat ketara.


Demikian pula dengan fenomena gempa bumi. Begitu dahsyat terjadi belakangan ini. Sehingga diberitakan bahawa sepanjang bulan Oktober 2009 di Indonesia saja telah terjadi sebanyak 54 gempa...!! Bagi anda yang tertarik akan hal ini silakan layari www.USGS.com. Website ini melaporkan setiap gempa yang terjadi di berbagai titik di seluruh dunia lengkap dengan info skala richter-nya. Anda akan terkejut mendapati fakta bahawa sekitar lima hingga sepuluh tahun kebelakangan ini frekuensi gempa meningkat secara mendadak..!!

Maka, saudaraku, marilah kita siapkan diri dan keluarga kita menyongsong kehadiran Al-Mahdi. Pengertiannya adalah mari kita bersiap untuk segera mematuhi perintah Rasulullah SAW dalam kaitan dengan kehadirannya.

Sabda Rasulullah SAW: “Ketika kalian melihatnya (kehadiran Imam Mahdi), maka berbai’at-lah dengannya walaupun harus merangkak-rangkak di atas salji kerana sesungguhnya dia adalah Khalifatullah Al-Mahdi.” (HR Abu Dawud)
Saudaraku, berdasarkan hadis di atas, kita umat Islam diperintahkan untuk bersegera bergabung ke dalam barisan Al-Mahdi ketika ia telah hadir. Lalu ungkapan walaupun harus merangkak-rangkak di atas salji mengisyaratkan bahawa hal itu tidak mudah untuk dilaksanakan.


Saudaraku, marilah kita tingkatkan iman, ilmu dan amal kita agar pada hari itu kita tidak termasuk di pihak yang salah. Oleh kerananya, walaupun perselisihan antara manusia serta gempa bumi merupakan perkara yang tidak kita sukai, namun Nabi SAW menyebutnya sebagai 'khabar gembira'. Sebab bersamaan dengan itu umat Islam akan memiliki pemimpin yang dilantik secara langsung oleh Allah SWT. Sedangkan kehadirannya merupakan tanda awal beralihnya dunia dari lembaran sejarah penuh penganiayaan dan kezaliman menuju peradaban penuh keadilan dan kejujuran.

“Maka tidaklah yang mereka tunggu-tunggu melainkan hari kiamat (iaitu) kedatangannya kepada mereka dengan tiba-tiba, kerana sesungguhnya telah datang tanda-tandanya. Maka apakah faedahnya bagi mereka kesedaran mereka itu apabila hari kiamat sudah datang?” (QS Muhammad: 18)

Ahad, 3 Oktober 2010

Kuasa Mutlak SUAMI dan IBU


Hanya ada dua orang yang mempunyai kuasa ini. SUAMI dan IBU. Kuasa suami keatas isteri dan kuasa ibu keatas anak2. Kuasa mutlak ini sungguh besar ertinya disisi agama Islam sehingga seseorang itu akan dimurkai Allah SWT sekiranya dia menyakiti hati dua golongan tadi. Sebagai contoh; seorang isteri yang melukai hati suaminya walau sedikit akan berdosa besar (bukan dalam kes terkecuali) begitu juga anak2 terhadap ibunya

Kalau isteri - bayangkan seorang isteri yang secara tidak sedar menyakiti hati suaminya dan tidak meminta maaf. Isteri tersebut akan terus berdosa dan sekiranya dia hamil, anak tersebut akan dikandung didalam badan yang berdosa. Besar kemungkinan anak tersebut akan mendapat banyak sifat2 yang tidak baik dan seterusnya anak itu lahir dan membesar dan menjadi dewasa dan membawa sifat2 yang tidak elok itu kedalam zuriatnya. Tambahan pula dalam keadaan berdosa bagaimana doa2nya akan diterima Allah SWT? Tanpa doa yang diterima, apalagi daya kita untuk mendapat kebahagiaan?

Kalau anak-anak cukup senang untuk mendapat dosa. Terguris sahaja hati ibunya oleh kata2 atau perbuatan maka anak tersebut akan berdosa. Yang paling ditakuti dosa tersebut tidak disedarinya. Sekiranya anak tidak meminta ampun maka dosa tersebut akan terus dipikul. Kesanya, doa2 anak tersebut tidak diterima Allah SWT, ibadatnya tidak mendapat pahala, hidupnya akan tidak mendapat berkat dll. Akhirnya anak akan mendapat berbagai balasan dari Allah SWT dibumi lagi.


Cerita - Kita sering ditakutkan oleh para ustaz tentang cerita bagaimana dua orang pemuda yang soleh mendapat seksaan Allah SWT dizaman Nabi saw. Yang seorang sebab dia TAK SEDAR menyakiti ibunya apabila habuk yang disapu terkena ibunya TANPA DISEDARI. Dan yang seorang lagi kerana TANPA DISEDARI dia menyakiti hati ibunya kerana mengutamakan isterinya. Kedua2 diseksa oleh Allah SWT sehingga Nabi SAW memerintahkan kedua ibu tadi mengampunkan anak2nya.


Ustaz kata cerita tersebut menyuruh kita sentiasa taat kepada ibu. Sebenarnya itu hanyalah setengah dari pengajaranya. Ada lagi setengah - IBU mesti tahu kuasa yang diberi kepada mereka. Oleh itu IBU MESTI MENGAMPUNKAN ANAKNYA SETIAP MALAM samada anaknya meminta atau tidak dan begitu juga dengan SUAMI MESTI MENGAMPUNKAN ISTERINYA SETIAP MALAM samada isteri meminta atau tidak. Cerita tersebut mengajar kita bahawa sebagai IBU kita mempunyai satu kelebihan yang besar keatas anak2 kerana berdasarkan cerita itu tidak mungkin pemuda2 tersebut sedar akan kesalahan mereka. Kalau dah tak sedar, bagaimana pula ingin meminta ampun.


Seorang suami dan ibu MESTI tahu akan KUASA MUTLAK ini dan kuasa ini hendaklah dijaga dengan baik. InsyAllah bermula dari satu keluarga yang mana suami memaafkan isteri dan ibu memaafkan anak, maka lahirlah satu masyarakat yang mendapat berkat dari Allah SWT, sentiasa dibawah lindunganNya dan menjadi umat Islam yang menghayati Islam.

Ingatlah seorang ISTERI (wanita) mesti taat kepada SUAMInya (lelaki). Si SUAMI (lelaki) mesti taat kepada IBUnya (wanita). Isteri akan menjadi ibu yang akan melahirkan anak yang akan menjadi suami (anak lelaki) dan juga isteri (anak perempuan) dan seterusnya mereka akan melahirkan pula bakal2 suami dan isteri. Jadi tidak ada yang ketinggalan. Semuanya akan merasa mempunyai KUASA MUTLAK. Tetapi yang penting bukanlah 'mempunyai' tetapi MESTI menggunakan dengan bijak.


Wallahu a'lam..

Sabtu, 2 Oktober 2010

10 Kebaikan Solat


Nabi SAW bersabda: Solat itu merupakan tiang agama yg di dalamnya terkandung 10 hal yaitu:

1.Dapat mencerahkan wajah.

2.Dapat menerangi hati.

3.Dapat menyehatkan badan.

4.Menjadi faktor ketenangan di dalam kubur.

5.Menjadi sebab turunya rahmat.

6.Merupakan kunci langit.

7.Dapat memberatkan timbangan(amal).

8.Tempat keredhoan Tuhan.

9.Bernilai syurga.

10.Menjadi tabir dari siksa neraka.

Jumaat, 1 Oktober 2010

Air Mata Rasulullah SAW

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam."Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,"Maafkanlah, ayahku sedang demam",kata Fatimah r.ha yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah r.ha,"Siapakah itu wahai anakku?"
"Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah r.ha lembut. Lalu, Rasulullah saw menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah saw, Fatimah r.h pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah saw menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril a.s yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah swt dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?", tanya Rasululllah saw dengan suara yang amat lemah.
"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.
"Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu, " kata Jibril a.s.

Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah saw lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?", tanya Jibril s.a lagi.

"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"
"Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: "Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril a.s.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail a.s melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah saw ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah saw bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.
"Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah saw mengaduh. Fatimah r.h terpejam, Ali k.w yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril a.s memalingkan muka.

"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah saw pada Malaikat pengantar wahyu itu.
"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril a.s.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah saw mengaduh, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi.

"Ya Allah, betapa dasyatnya maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku." Badan Rasulullah saw mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.

Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali k.w segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bisshalati, wa maa malakat aimanuku"
"peliharalah solat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."

Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah r.h menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali k.w kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah saw yang mulai kebiruan.

"Ummatii,ummatii, ummatiii" - "Umatku, umatku, umatku"

Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi
Betapa cintanya Rasulullah saw kepada kita.

Balasan Anak Derhaka..

"Hairan saya melihat beberapa orang kampung berkumpul di kedai pada tengah hari itu. 1 September 1994. Serius mereka berbual hingga dahi berkerut-kerut. Lepas seorang bercerita yang lain menggeleng-gelengkan kepala.

Pasti ada sesuatu yang ‘besar’ sedang mereka bincangkan, kata saya di dalam hati. Setelah enjin motosikal dimatikan, saya berjalan ke arah mereka.

” Bincang apa tu? Serius aku tengok,” saya menyapa.

” Haaa…Din, kau tak pergi tengok budak perempuan tak boleh keluar dari kubur emak dia? ” kata Jaimi, kawan saya.

” Budak perempuan? Tak boleh keluar dari kubur? Aku tak faham bah,” jawab saya. Memang saya tak faham kerana lain benar apa yang mereka katakan itu.

” Macam ni,” kata Jaimi, lalu menyambung, ” di kubur kat kampung Batu 10 tu, ada seorang budak perempuan tolong kebumikan emak dia, tapi lepas itu dia pula yang tak boleh keluar dari kubur tu. Sekarang ni orang tengah nak keluarkan dia… tapi belum boleh lagi “.

” Kenapa jadi macam tu? ” saya bertanya supaya Jaimi bercerita lebih mendalam. Patutlah serius sangat mereka berbual..

Jaimi memulakan ceritanya. Kata beliau, memandangkan semalam adalah hari kelepasan semperna Hari Kebangsaan, budak perempaun berumur belasan tahun itu meminta wang daripada ibunya untuk keluar bersama kawan-kawan ke Bandar Sandakan. Bagaimana pun, ibunya yang sudah berusia dan sakit pula enggan memberikannya wang.

” Bukannya banyak, RM 20 aja mak! ” gadis itu membentak.

” Mana emak ada duit. Mintak dengan bapa kamu,” jawab ibunya perlahan.

Sambil itu dia mengurut kakinya yang sengal. Sudah bertahun-tahun dia mengidap darah tinggi,lemah jantung dan kencing manis.

” Maaak… kawan-kawan semuanya keluar. Saya pun nak jalan jugak,” kata gadis itu.

” Yalah, mak tau… tapi mak tak ada duit,” balas ibunya.

” RM 20 aja! ” si gadis berkata.

” Tak ada,” jawab ibunya.

” Emak memang kedekut! ” si gadis mula mengeluarkan kata-kata keras.

” Bukan macam tu ta…” belum pun habis ibunya menerangkan, gadis tersebut menyanggah, katanya,

” Ahhh…sudahlah emak! Saya tak mau dengar! “

” Kalau emak ada du… ” ibunya menyambung , tapi belum pun habis kata-katanya, si gadis memintas lagi, katanya ;

” kalau abang, boleh, tapi kalau saya minta duit, mesti tak ada! “

Serentak dengan itu, gadis tersebut menyepak ibunya dan menolaknya ke pintu. Si ibu jatuh ke lantai.

” Saida.. Sai.. dddaaa..” katanya perlahan sambil mengurut dada. Wajahnya berkerut menahan sakit.

Gadis tersebut tidak menghiraukan ibunya yang terkulai di lantai. Dia sebaliknya masuk ke bilik dan berkurung tanda protes. Di dalam bilik, dibalingnya bantal dan selimut ke dinding. Dan sementara di luar, suasana sunyi sepi.

Hampir sejam kemudian, barulah gadis tersebut keluar. Alangkah terkejutnya dia kerana ibunya tidak bergerak lagi. Bila dipegang ke pergelangan tangan dan bawah leher, tidak ada lagi nadi berdenyut.

Si gadis panik. Dia meraung dan menangis memanggil ibunya,tapi tidak bersahut. Meraung si gadis melihat mayat ibunya itu. Melalui jiran-jiran, kematian wanita itu diberitahu kepada bapa gadis yang bekerja di luar.

Jaimi menyambung ceritanya; ” Mak cik tu dibawa ke kubur pukul 12.30 tadi. Pada mulanya tak ada apa-apa yang pelik, tapi bila mayatnya nak dimasukkan ke dalam kubur, ia jadi berat sampai dekat 10 orang pun tak terdaya nak masukkannya ke dalam kubur. Suaminya sendiri pun tak dapat bantu.”

” Tapi bila budak perempuan tu tolong, mayat ibunya serta-merta jadi ringan. Dia seorang pun boleh angkat dan letak mayat ibunya di tepi kubur.”

Kemudian gadis berkenaan masuk ke dalam kubur untuk menyambut jenazah ibunya. Sekali lagi beramai-ramai penduduk kampung mengangkat mayat tersebut dan menyerahkannya kepada gadis berkenaan.

Tanpa bersusah payah, gadis itu memasukkan mayat ibunya ke dalam lahad. Namun apabila dia hendak memanjat keluar dari kubur tersebut, tiba-tiba kakinya tidak boleh diangkat. Ia seperti dipaku ke tanah. Si gadis mula cemas..

” Kenapa ni ayah? ” kata si gadis. Wajahnya serta-merta pucat lesi.

” Apa pasal,” Si ayah bertanya.

” Kaki Saida ni.. tak boleh angkat! ” balas si gadis yang kian cemas.

Orang ramai yang berada di sekeliling kubur mula riuh. Seorang demi seorang menjenguk untuk melihat apa yang sedang berlaku.

” Ayah, tarik tangan saya ni. Kaki saya terlekat… tak boleh nak naik,” gadis tersebut menghulurkan tangan ke arah bapanya.

Si bapa menarik tangan anaknya itu, tetapi gagal. Kaki gadis tersebut melekat kuat ke tanah. Beberapa orang lagi dipanggil untuk menariknya keluar, juga tidak berhasil.

” Ayah…kenapa ni??!! Tolonglah Saida, ayah..” si gadis menangis memandang ayah dan adik-beradiknya yang bertinggung di pinggir kubur.

Semakin ramai orang berpusu ke pinggir kubur. Mereka cubamenariknya beramai-ramai namun sudah ketentuan Allah, kaki si gadis tetap terpasak di tanah. Tangisannya bertambah kuat..

” Tolong saya ayah, tolong saya…kenapa jadi macam ni ayah? ” kata si gadis sambil meratap.

” Itulah, kamu yang buat emak sampai dia meninggal. Sekarang, ayah pun tak tau nak buat macam mana,” jawab si ayah selepas gagal mengeluarkan anaknya itu.

Dia menarik lagi tangan gadis yang berada di dalam kubur tapi tidak berganjak walau seinci pun. Kakinya tetap terpahat ke tanah.

” Emak…ampunkan Saida emak, ampunkan Saida…” gadis itu menangis. Sambil itu dipeluk dan dicium jenazah kiblat. Air matanya sudah tidak boleh diempang lagi.

” Maafkan Saida emak, maafkan , Saida bersalah, Saida menyesal… Saida menyesal.. Ampunkan Saida emak,” dia menangis lagi sambil memeluk jenazah ibunya yang telah kaku.

Kemudian gadis itu menghulurkan lagi tangannya supaya boleh di tarik keluar. Beramai-ramai orang cubamengeluarkannya namun kecewa. Apabila terlalu lama mencuba tetapi gagal, imam membuat keputusan bahawa kubur tersebut perlu dikambus.

” Kita kambus sedikit saja, sampai mayat ibunya tak dapat dilihat lagi. Kita tak boleh biarkan mayatnya macam tu aja… kalau hujan macam mana? ” kata imam kepada bapa gadis berkenaan.

” Habis anak saya ?” tanya si bapa.

” Kita akan terus cuba tarik dia keluar. Kita buat dua-dua sekali, mayat isteri awak disempurnakan, anak awak kita selamatkan,” balas imam.

Lelaki berkenaan bersetuju. Lalu seperti yang diputuskan,upacara pengebumian terpaksa diteruskan sehingga selesai, termasuk talkinnya. Bagaimana pun kubur dikambus separas lutut gadis saja, cukup untuk menimbus keseluruhan jenazah ibunya.

Yang menyedihkan, ketika itu si gadis masih di dalam kubur. Bila talkin dibaca, dia menangis dan meraung kesedihan. Sambil itu dia meminta ampun kepada ibunya dengan linangan air mata. Selesai upacara itu, orang ramai berusaha lagi menariknya keluar. Tapi tidak berhasil.

” Bila dah lama sangat, aku balik kejap untuk makan. Dah lapar sangat. Lepas itulah aku singgah ke kedai ni. Lepas ni aku nak ke kubur lagi. Nak tengok apa yang terjadi,” kata Jaimi.

” Aku pun nak pergilah,” kata saya. Lalu kami semua menunggang motosikal masing-masing menuju ke kubur.

Kami lihat orang ramai sudah berpusu-pusu di sana . Beberapa buah kereta polis juga kelihatan di situ. Saya terus berjalan pantas menuju kubur yang dimaksudkan dan berusaha menyusup ke celah-celah orang ramai yang sedang bersesak-sesak.

Setelah penat berusaha, akhirnya saya berjaya sampai kebarisan paling hadapan. Malangnya saya tidak dapat melihat gadis tersebut kerana di depan kami telah dibuat kepungan tali. Kubur itu pula beberapa puluh meter daripada kami dan terlindung oleh kubur serta pokok-pokok rimbun. Di dalam kepungan itu, anggota-anggota polis berkawal dengan senjata masing-masing.

Nasib saya memang baik hari itu. Dua tiga orang daripada polis berkenaan adalah kenalan saya.

” Pssstt….Raie. …Raie..Psstt, ” saya memanggil, Raie yang perasan saya memanggilnya mengangkat tangan.

” Boleh aku tengok budak tu? ” saya bertanya sebaik saja diadatang ke arah saya.

” Mana boleh. Keluarga dia aja yang boleh,” jawabnya perlahan-lahan seperti berbisik. Sambil itu dia menjeling ke kiri dan kanan, khuatir ada orang yang tahu.

” Sekejap aja. Bolehlah…” saya memujuk.

Alhamdulillah, setelah puas dipujuk dia mengalah. Tanpa berlengah, saya menyusup perlahan-lahan dan berjalan beriringan dengan Raie, seolah olah tidak melakukan apa-apa kesalahan. Namun demikian dada saya berdebar kencang. Pertama, risau & takut dihalau keluar. Kedua, tidak sabar hendak melihat apa yang sedang berlaku kepada gadis berkenaan.

Selepas meredah kubur-kubur yang bertebaran, akhirnya saya sampai ke pusara yang dimaksudkan. Di pinggir kubur itu berdiri dua tiga orang polis memerhatikan kedatangan saya.

Raie mendekati mereka dan berbisik-bisik. Mungkin dia merayu supaya saya tidak dihalau. Alhamdulillah, saya lihat seorang polis yang berpangkat mengangguk-angguk. Raie terus memanggil saya lalu memuncungkan bibirnya ke arah sebuah kubur.

Bila dijenguk kedalam, dada saya serta-merta terasa sebak. Saya lihat gadis berkenaan sedang duduk di atas tanah kubur sambil menangis teresak-esak. Sebentar kemudian dia memegang tanah berhampiran lahad dan merintih;

“Emak… ampunkanlah Saida, Saida sedar, saida derhaka pada emak, Saida menyesal, Saida menyesal..”

Selepas mengesat air jernih yang terus berjejeran daripada mata yang bengkak, gadis tersebut menangis lagi memohon keampunan daripada arwah ibunya. ” Emak…lepaskanlah kaki saya ni. Ampunkan saya, lepaskan saya,” Ditarik-tariknya kaki yang melekat di tanah namun tidak berhasil juga.

Saya lihat bapa dan adik-beradiknya menangis, di pinggir kubur. Nyata mereka sendiri tidak tahu apa lagi yang hendak dibuat untuk menyelamatkan gadis berkenaan.

” Sudahlah tu Saida…makanlah sikit nak ,” rayu bapanya sambil menghulurkan sepinggan nasi juga segelas air. Si gadis tersebut langsung tidak mengendahkan. Malah memandang ke atas pun tidak. Dia sebaliknya terus meratap meminta ampun daripada arwah ibunya.

Hampir menitis air mata saya melihat Saida. Tidak saya sangka, cerita datuk dan nenek tentang anak derhaka kini berlaku di depan mata.

Begitu besar kekuasaan Allah. Memang betullah kata para alim ulama, dosa menderhakai ibu bapa akan di balas ‘tunai’.

Malangnya saya tidak dapat lama di sana .hanya 10 - 15 minit saja kerana Raie memberitahu, pegawainya mahu saya berbuat demikian. Mahu tidak mahu, terpaksalah saya meninggalkan kubur tersebut. Sambil berjalan kedengaran lagi Saida menangis dan meratap ” Ampunkan saya emak, ampunkan saya, Ya Allah, lepaskanlah kakiku ini, aku bertaubat, aku insaf…”

Lantas saya menoleh buat kali terakhir. Saya lihat bapa Saida dan adik beradiknya sedang menarik tangan gadis itu untuk dibawa keluar, tapi seperti tadi, tidak berhasil. Saya lihat seorang polis mengesatkan air matanya.

Semakin lama semakin ramai orang berhimpun mengelilingi perkuburan itu. Beberapa kereta polis datang dan anggotanya berkawal di dalam kepungan lengkap dengan senjata masing-masing. Wartawan dan jurugambar berkerumun datang untuk membuat liputan tetapi tidak dibenarkan. Mereka merayu bermacam-macam cara, namun demi kebaikan keluarga gadis, permintaan itu terpaksa ditolak.

Matahari kian terbenam, akhirnya tenggelam dan malam merangkak tiba. Saida masih begitu. Kaki terlekat di dalam kubur ibunya sementara dia tidak henti-henti meratap meminta keampunan. Saya pulang ke rumah dan malam itu tidak dapat melelapkan mata. Suara tangisannya terngiang-ngiang di telinga saya.

Saya diberitahu, sejak siang, tidak ada secebis makanan mahupun minuman masuk ke tekaknya. Seleranya sudah mati. Bapa dan adik beradiknya masih tetap di sisi kubur membaca al-Quran, Yassin dan berdoa. Namun telah disebutkan Allah, menderhaka terhadap ibu bapa adalah dosa yang sangat besar. Saida tetap tidak dapat dikeluarkan.

Embun mula menitis. Saida kesejukan pula. Dengan selimut yang diberi oleh bapanya dia berkelubung. Namun dia tidak dapat tidur. Saida menangis dan merayu kepada Allah supaya mengampunkan dosanya.

Begitulah yang berlaku keesokannya. Orang ramai pula tidak susut mengerumuni perkuburan itu. Walaupun tidak dapat melihat gadis berkenaan tapi mereka puas jika dapat bersesak-sesak dan mendengar orang-orang bercerita.

Setelah empat atau lima hari terperangkap, akhirnya Saida meninggal dunia. Mungkin kerana terlalu lemah dan tidak tahan di bakar kepanasan matahari pada waktu siang dan kesejukan di malam hari. Mungkin juga kerana tidak makan dan minum. Atau mungkin juga kerana terlalu sedih sangat dengan apa yang dilakukannya.

Allah Maha Agung…sebaik Saida menghembuskan nafas terakhir, barulah tubuhnya dapat di keluarkan. Mayat gadis itu kemudian disempurnakan seperti mayat-mayat lain.

Kuburnya kini di penuhi lalang. Di bawah redup daun kelapa yang melambai-lambai, tiada siapa tahu di situ bersemadi seorang gadis yang derhaka.


-semoga kita tidak dalam golongan orang yg mnderhaka kpd ibu bapa yg menatang kita bagaikn minyak yg penuh..nauzubiLlahiminzalik..jadikanlah cerita di ats sbgi sebuah pengajaran kpd insani yg msh lg diberikan ruang udara untuk brnafas agar muhasabah diri dan merintih kepadaNYA agr diampunkan sgl dosa silam mahupun akn dtg..KASIHILAH IBUMU,,ssghnya SYURGA di bawah tapak kaki IBU..
rebutlah kemaafan sebelum ajal datang menjemput…..