.

Halaman

Selasa, 3 Ogos 2010

Rahsia Marjerin & Butter.

Tahukah anda rahsia perbezaan antara marjerin dan butter? Bacalah artikel ini hingga ke akhirnya, anda tentu tertarik !!

Marjerin dan Butter, kedua-duanya mempunyai jumlah kalori yang sama. Butter sedikit tinggi kandungan lemak tepunya sebanyak 8 gram berbanding 5 gram pada marjerin. Dengan memakan marjerin boleh meningkatkan penyakit jantung pada wanita sebanyak 53% berbanding memakan jumlah sama butter, menurut Kajian Perubatan Harvard yang terbaru.Memakan butter meningkatkan penyerapan banyak nutrien lain dalam makanan. Butter mempunyai banyak faedah nutrisi berbanding marjerin kerana ia adalah makanan tambah nilai!

Butter lebih enak berbanding marjerin dan ia boleh menaikkan rasa makanan lain. Butter sudah pun wujud selama berabad-abad sedangkan marjerin terhasil kurang dari 100 tahun.

Dan sekarang kita bercakap tentang marjerin. Ia sangat tinggi kandungan asid lemak Trans. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari sebanyak tiga kali ganda. Ia meningkatkan kolesterol total serta LDL ( kolesterol merbahaya ) dan menurunkan HDL ( kolesterol bagus ).

Marjerin menaikkan risiko penyakit barah sebanyak lima kali ganda. Ia mengurangkan jumlah susu badan. Ia juga merendahkan respons pertahanan tubuh serta keberkesanan insulin semula jadi badan.

Dan ini ialah fakta yang paling membimbangkan. Marjerin hanya kekurangan SATU MOLEKUL untuk menjadi PLASTIK. Fakta ini sahaja sudah cukup membuatkan saya mengelak dari memakan marjerin seumur hidup saya dan setiap barangan yang melalui proses hidrogenasi (ia bermakna hidrogen ditambah, mengubah struktur molekul bahan).

Anda boleh cuba melakukan ujikaji seperti dibawah ini:

Belilah satu mangkuk marjerin dan tinggalkan ia dalam garaj mahupun tempat teduh.
Dalam masa dua hari anda akan dapati 2 perkara berikut:

* Tiada lalat yang menghurung, tidak juga lalat buah akan menghampirinya (ia sepatutnya memberitahu sesuatu kepada anda)
* Ianya tidak akan membusuk atau bertukar baunya kerana ia tiada nilai-nilai nutrisi; tidak akan ada apa yang tumbuh atasnya. Hatta satu mikroorganisma juga tidak akan membiak atasnya. Kenapa? Kerana ia sangat hampir kepada plastik.


Mahukah anda meleburkan Tupperware dan menyapu ia ke atas roti anda?
Sebar2kanlah fakta ini supaya jumlah pesakit jantung & barah berkurang.

TaINFO TAMBAHAN

Definisi Margarine :
A fatty solid butter substitute consisting of a blend of hydrogenated vegetable oils mixed with emulsifiers, vitamins, coloring matter, and other ingredients.

Definisi Butter :
1. A fatty solid butter substitute consisting of a blend of hydrogenated vegetable oils mixed with emulsifiers, vitamins, coloring matter, and other ingredients.
2. Any of various substances similar to butter, especially:. a. A spread made from fruit, nuts, or other foods: apple butter. b. A vegetable fat having a nearly solid consistency at ordinary temperatures.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan