.

Halaman

Sabtu, 3 September 2011

Anak Merempit: Masihkah Ada Harapan untuk Berubah?

Pada suatu petang, seorang budak sedang bermandi manda dengan gembiranya di sebatang sungai. Tiba-tiba, entah macam mana, budak ini kelemasan.

Sewaktu budak ini sedang terkapai-kapai kelemasan, lalu lah sekumpulan lelaki di tepi sungai itu.

Kumpulan 4 sekawan ini pun berpakat untuk menolong budak yang lemas itu.

Orang A kata;"Woi, cepat berenang ke sini!!"

Budak yang lemas pun jawab; "Aku tak reti berenang la"

Orang A: "Ok, kau balance kan badan. Aku nak ajar ko berenang kuak lentang sekarang"

Budak yang lemas pun jawab; "gul..gulp..gulp..a..ku...tak...bo....leh..gulp..gulp (telan air)"

Orang B pun kata: "Kawan, kita tak boleh ajar dia berenang sekarang. Kita kena keluarkan dia dari sungai ni dulu. Lepas tu, barulah kita boleh ajar dia kuak lentang ke...kuak kupu-kupu ke..apa2 kuak pun boleh"

Orang C & D pun sokong: "betul, betul, betul!"
Orang B: "Ok, jom kita selamatkan dia!"

Mereka pun bersunguh-sungguh menyelamatkan budak yang lemas itu..

Mula-mula mereka pakai kayu,..kayu pendek pulak

Lepas tu mereka cuba campak pelampung, ..pelampung terlepas pulak

Tak putus asa lagi..Cuba cara lain pula..

3 orang pegang tali di tepi sungai, 1 orang turun ke dalam sungai..

heret budak lemas ke tepian sungai

Alhamdulillah! Kali ni, berjaya!! :)



Tapi, air dah banyak masuk dalam badan budak tu..
Mereka pun beri pertolongan pernafasan
buat itu dan ini dan akhirnya..
budak itu pun ter-sedar..

Alhamdulillah!

Lalu 4 sekawan ini membantu budak itu untuk bangun
dan perlahan-lahan dia dipapah untuk berjalan
4 sekawan terus berikannya kata-kata semangatdan akhirnya, budak ini kembali pulih seperti sedia kala.

Setelah itu, 4 sekawan ini mengadakan kelas belajar berenang
khas untuk budak ini
Dengan harapan, supaya budak ini tidak akan lemas lagi..

Kini,
budak itu tidak lemas lagi
dan dia pula menjadi trainer untuk budak-budak yang lain
Semakin banyak dia mengajar orang berenang, semakin cekap dia berenang
Dia tidak mahu lemas lagi..dan dia tidak mahu budak lain lemas juga..

The End :)

~~

Moral of the story:
Anak yang merempit, kita ibaratkan seperti budak yang lemas.Kita tak dapat tolong dia, selagi dia masih berada dalam "suasana" kawan-kawan rempitnya, tempat dia merempit, & motor yang digunakan untuk merempit.

Kalau kita betul-betul nak tolong dia, kita kena keluarkan dia daripada "suasana" rempit dan bawa dia ke dalam "suasana" iman & amal.

Nak tarik dia untuk pindah ke suasana iman & amal, bukan hanya dengan satu cara.Macam-macam cara yang kita boleh cuba.
Dan bukan hanya ajak sekali sahaja, kita cuba ajak dia banyak kali.
Ajak makan-makan, borak-borak, lagi dan lagi..

InsyaAllah, akhirnya Allah swt sendiri akan tarik dia keluar daripada suasana itu.
Bila dia sudah sedia, dengan kerelaan sendiri, dia akan sanggup meluangkan masa untuk berada dalam suasana iman & amal di tempat yang lain, selama 3 hari,
untuk dilatih bagaimana untuk meningkatkan iman yakin kepada Allah swt bagaimana nak menjalani hidup mengikut cara Rasulullah saw bagaimana nak berkasih sayang sesama manusiadan bagaimana nak istiqamah dengan amalan yang telah dipelajari sepanjang training ini

Pulang daripada training 3 hari,
Dia jumpa dengan ibubapanya, terus dia peluk, cium, & minta maaf
Siapa sahaja yang dia jumpa, dia akan ceritakan tentang janji-janji Allah swt dan dia akan ajak orang itu, untuk sama-sama pergi training 3 hari.

Semakin banyak dia buat dakwah, imannya semakin meningkat . Semakin banyak dia buat dakwah, semakin mudah untuk dia istiqamah dengan amalan

Kini dia telah berubah,
Dia bukan lagi mat rempit..
Tetapi, dia adalah DAI'E :)

~~
"Dan orang-orang yang bermujahadah di jalan Kami, maka Kami akan bukakan jalan-jalan (hidayah) Kami"~~

p.s: Ini adalah kisah benar :)

p.p.s: Anak merempit ini sedang menunggu mana-mana daie yang sudi selamatkan mereka...Ohh..tolonglah mereka.. InsyaAllah, besar pahala nya.. :)


oleh AnakkuSoleh.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan