.

Halaman

Jumaat, 7 Mei 2010

Sikap Kurang Ajar Barat Wajib Dihentikan!!


Belgium mengenakan larangan umum terhadap burka dan niqab(purdah) Peperangan propaganda, Khamis 01 April 2010

Jawatankuasa Dalam Negeri Parlimen Persekutuan Brussel menyetujui untuk melarang pemakaian kain penutup wajah ditempat umum samada secara separa mahupun sepenuhnya oleh wanita Muslimah.

Pada hari ini, Belgium telah bergerak selangkah ke hadapan dalam kempen untuk menyekat pemakaian burka(sekeping kain yang meliputi seluruh badan dari hujung kepala hingga kehujung kaki) oleh wanita Muslimah apabila keputusan pemilihan undi di parlimennya telah menjadikan Belgium sebagai Negara Eropah pertama yang melarang pemakaian burka dan niqab di khalayak umum.

Jawatankuasa Dalam Negeri Parlimen Persekutuan Brussel menyetujui untuk melarang pemakaian kain penutup wajah di tempat umum samada secara separa mahupun sepenuhnya oleh wanita Muslimah.

“ Saya amat berbangga Belgium akan menjadi negara pertama di Eropah yang berani menguatkuasakan peraturan sedemikian ke atas perkara yang amat sensitif ini,” kata MP kanan Denis Ducarne.

Daniel Bacquelaine, seorang MP parti liberal yang mengajukan usul rang undang-undang tersebut, berkata: “ Kita tidak boleh membiarkan seseorang individu itu untuk menuntut hak kebebasan melihat orang lain tanpa wajah beliau dapat dilihat.”

“ Adalah satu keperluan untuk mengadakan undang-undang yang menegah individu dari memakai pakaian yang menyembunyikan identiti si pemakai secara total. Pemakaian burqa di tempat umum adalah bertentangan dengan sebuah masyarakat yang mengamalkan sikap terbuka, liberal serta bertoleransi.”

Tindakan Belgium ini adalah merupakan reaksi kepada negara jiran mereka iaitu Perancis dan Belanda yang secara berterusan mendokong idea untuk melaksanakan larangan yang serupa.

Pada minggu lalu, wilayah Quebec di Kanada telah memperkenalkan langkah-langkah yang diusul oleh parlimennya untuk mengharamkan pemakaian purdah di dalam perkhidmatan awam – dan cadangan ini telah mendapat sambutan hangat di kalangan masyarakat umum di Kanada.

Sokongan terhadap pengharaman burqa di Belgium pula dilihat melangkaui garis pemisah antara parti politik yang terdapat di negara itu, bermula dari parti Hijau, hinggalah ke haluan kanan. Ianya juga menghasilkan satu kesatuan aneh di antara pelbagai bahasa dan bangsa yang membahagikan sebahagian besar negara itu sebelum ini.

Sokongan penuh yang ditunjukkan oleh Jawatankuasa Kementerian Dalam Negeri itu membawa makna bahawa parlimen akan mengundi untuk persetujuan ahlinya di pertengahan April ini dan seterusnya pengharaman ke atas burqa itu akan dilaksanakan pada musim panas tahun ini.

Di bawah usul rang undang-undang itu, denda ataupun hukuman sehingga tujuh hari penjara akan dikenakan ke atas pemakaian burqa yang meliputi seluruh badan ataupun purdah yang hanya menutupi muka. Rang undang-undang yang akan didebatkan pada bulan hadapan itu menyatakan bahawa sesiapa yang berada di tempat umum dengan “wajah bertutup ataupun tidak dapat dikenalpasti secara amnya, samada mukanya bertutup separuh ataupun kesemuanya”, maka beliau boleh dikenakan hukuman yang telah dinyatakan.

Tatkala suara keberanian ini membuka laluan untuk pengharaman burqa secara besar-besaran di peringkat benua Eropah, kerajaan tempatan Belgium telah pun memiliki kekuatan untuk melarang pemakaian burqa dan niqab di tempat umum.

Dari 500,000 kaum Muslimin yang bermastautin di Belgium, dengan kebanyakannya berada di Brussels dan Antwerp, hanya sebilangan kecil dari wanita Muslimah yang memakai purdah yang menutup keseluruhan tubuh dan muka, dan ini menyebabkan tiada perdebatan umum tentang perlunya mengharamkan pemakaian burqa ini.

Di saat yang sama, Bacquelaine mempersetujui bahawa di kalangan wanita Muslimah di Belgium, tiada sebarang masalah yang berlaku dan terdapat hanya segelintir individu yang menutup penuh muka mereka, beliau cuba menegaskan pendiriannya untukmengambil langkah berjaga-jaga dengan berkata: “ Kami harus bertindak dari sekarang demi mencegah pertambahan jumlah si pemakai penutup muka ini.”

Malahan perdebatan yang lebih utama di Belgium bukanlah isu burqa dan niqab, tetapi seperti di negara-negara lain di Eropah, isu tudung kepala (head scarf) adalah lebih menonjol. Ibubapa Muslim mendesak sekolah-sekolah untuk membenarkan anak-anak mereka memakai tudung ke sekolah dan kebanyakan dari mereka memilih untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah swasta yang membenarkan amalan mereka diteruskan.
Kempen di Belgium ini adalah serupa dengan kempen-kempen sepertinya di Eropah.

Susulan dari pilihanraya yang penuh kemelut minggu lepas, Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy telah menyeru kepada pengharaman ke atas burqa. “ Pemakaian tabir ke seluruh tubuh adalah bertentangan dengan martabat wanita,” katanya. “ Jawapannya adalah dengan mengharamkannya. Kerajaan akan memperkenalkan rang undang-undang yang mengharamkannya bagi membuktikan kesucian prinsip undang-undang yang diamalkan di negara ini.” Pemakaian tudung kepala adalah diharamkan di sekolah-sekolah di Perancis.

Di Belanda, penyokong Haluan kanan Geert Wilders mendapat populariti yang mencanak naik dalam undian pendapat sebelum pilihanraya pada bulan Jun kerana kempennya terhadap pengharaman tudung serta amaran beliau tentang “Islamisasi” masyarakat Belanda.

Timbalan Presiden Persatuan Eksekutif Muslim Belgium memberi amaran bahawa pengharaman yang dilakukan oleh Belgium itu mungkin merupakan permulaan langkah pertama.

“ Hari ini ianya berkenaan dengan purdah penutup muka. Esok pula adalah tudung kepala, keesokannya lagi adalah serban kaum Sikh, dan kemudiannya mungkin berkenaan pemakaian ‘miniskirt,” hujah beliau kepada AFP.

Sumber : Guardian 01/04/2010

--------------------------------------------------------------------------------

Sikap Kurang Ajar Barat Wajib Dihentikan!

Nampaknya isu pemakaian golongan wanita Muslimah di Barat tidak kunjung usai dan masih kekal sebagai topik hangat yang dibincangkan di negara-negara kuffar Barat. Malahan para pemimpin kuffar laknatullah ini mempergunakan isu sebegini untuk menambat hati pengundi mereka bagi mengekalkan kekuasaan dan pemerintahan. Sungguh kurang ajar! Nyatalah kebencian dan ketakutan mereka kepada Islam itu sendiri semakin meluap-luap sehinggakan mereka sanggup membincangkan malah merangka rang undang-undang mengikut hawa nafsu mereka bagi memadamkan apa sahaja bukti ketaatan kaum Muslimin terhadap Deen Allah yang terzahir di hadapan mata mereka.

Namun begitu,ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan bagi kita sebagai umat yang beriman kepada akidah yang benar ini kerana perlakuan mereka ini telah berkali-berkali diperingatkan oleh Allah Subhanahu wa Taala melalui RasulNya di dalam kitab suci yang menjadi panduan kita sehingga hari kita dibangkitkan.

Allah SWT berfirman :

“...mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu, mereka suka apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian dari mulut mereka dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka adalah lebih besar lagi.” [TMQ Ali Imran (3): 118]

Dan Allah berfirman lagi: “..mereka tidak henti-henti memerangi kamu sampai mereka (dapat) mengembalikan kamu dari agamamu (kepada kekafiran), seandainya mereka mampu” [TMQ al-Baqarah (2): 217]

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan redha kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka” [TMQ al-Baqarah: 120].

Malangnya, kejahatan dan penindasan sang kuffar laknatullah ini tidak didepani dengan benar oleh kaum Muslimin terutamanya para pemerintah kaum Muslimin sendiri. Penghinaan yang dilakukan oleh golongan kafir Barat di Eropah ini terhadap Muslimah di negara-negara Eropah itu seperti tidak memberikan sebarang impak kepada umat Islam serta para pemerintah Islam di wilayah lain, khususnya di Malaysia.

Apakah kita sebagai umat Islam yang beriman kepada Allah dan rasulNya, benar-benar mengakui bahawasanya Nabi Muhammad SAW itu adalah Rasul yang sama diimani oleh kaum Muslimin di Belgium, Perancis serta negara-negara Eropah lain dan Al Quran yang diturunkan oleh Allah SWT melalui Rasul yang Satu itu juga merupakan kitab suci yang sama yang diimani oleh saudara-saudara seIslam kita di Eropah dan tempat lainnya?

Seandainya benar kita mengimani Rasul dan Kitab Allah yang Satu, mengapakah kita tidak merasakan penindasan yang dilakukan oleh golongan Kuffar Barat ke atas saudara-saudara kita itu? Rasulullah mengingatkan kita di dalam Khutbah terakhir Beliau tentang persaudaraan umat Islam “Wahai seluruh manusia! Dengarkanlah perkataanku ini dan perhatikanlah. Ketahuilah oleh kalian bahawa setiap Muslim itu adalah saudara bagi Muslim yang lain dan semua kaum Muslimin itu adalah bersaudara.”

Wahai kaum Muslimin! Wahai Para Pemerintah Kaum Muslimin!
Adakah kalian tegar membiarkan golongan Kuffar Barat yang dilaknat Allah ini terus terusan menghina saudara-saudara kalian? Menghina Agama Allah yang kalian imani ini? Apakah kalian beranggapan bahawa tiada pertumpahan darah yang berlaku di dalam isu ini,maka ianya bukanlah satu perkara yang penting untuk kalian depani?

Lihatlah betapa si kuffar ini BERSATU dan menepikan perbezaan bangsa mereka demi memadamkan cahaya Allah di muka bumi ini!!

Lihatlah betapa si laknatullah ini berusaha gigih mengumpul segala kudrat yang ada untuk menentang umat Islam dan menghapuskannya!! Firman Allah SWT:

” Mereka hendak memadamkan cahaya Allah (ugama Islam) Dengan mulut mereka, sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan Yang demikian” .[TMQ At-Taubah: 32]

Mengapa tidak kita?? Apakah kita mengira bahawa kita akan terlepas dari berhujjah di depan Allah SWT tentang apakah usaha yang telah kita lakukan bagi membela saudara-saudara kita ini?

Ayuhlah kita mengorak langkah bersama, masanya sangat hampir untuk Khilafah Islamiyyah itu kembali menyirnakan kesesatan dan meyinarkan kebenaran. Janji Allah itu pasti dan janji RasulNya jua pasti..”….akan kembali Kekhilafahan atas manhaj kenabian.” [HR Ahmad] wallahu a’lam.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan